More

    Markah Geekbench, warna Samsung Galaxy S21 disahkan! Hadir dengan stilus S Pen

    Baru-baru ini, khabar angin dan spekulasi mengenai pilihan warna siri Samsung Galaxy S21 telah mula tular. Terkini, WinFuture.de melaporkan bahawa pengedar dari Jerman sudah mula menerima maklumat sah mengenai siri Samsung Galaxy S21 seperti kapasiti storan dan pilihan warna. Menurut khabar angin sebelum ini, peranti andalan baharu dari Samsung bakal dilancar pada 14 Januari 2021.

    Bermula dengan Samsung Galaxy S21, ia bakal hadir dengan model storan 128GB dan 256GB dengan pilihan warna seperti kelabu, putih, merah jambu dan ungu.

    Samsung Galaxy S21+ pula hadir dengan kapasiti storan sama 128GB/256GB, tetapi hanya bersama tiga pilihan warna, kelabu, hitam dan ungu. Galaxy S21 Ultra pula bakal hadir bersama kapasiti storan 128GB/256GB/512GD dengan dua pilihan warna; kelabu dan hitam.

    Apa yang menariknya, Galaxy S21 Ultra bakal dilengkapi sokongan stilus S Pen. Stilus tidak akan disertakan bersama di badan peranti seperti siri Samsung Galaxy Note20, tetapi secara berasingan.

    Markah Geekbench

    Paparan markah Geekbench untuk Samsung Galaxy S21 dengan cipset Snapdragon 888 turut diperlihatkan. “Lahaina” ialah nama kod untuk cipset Snapdragon 888. Perlu diingatkan bahawa markah ini tidak menunjukkan keupayaan sebenar peranti kerana berkemungkinan, peranti yang diuji adalah peranti prototaip.

    Selain itu, anda boleh melihat tayangan video yang didakwa adalah Samsung Galaxy S21. Melalui tayangan video ini, ia turut memaparkan markah ujian penanda aras Geekbench untuk peranti Samsung baharu dengan Snapdragon 888.

    Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pihak Samsung sendiri. Kongsikan pandangan anda mengenai siri Samsung Galaxy S21 di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Semak berita lepas mengenai spesifikasi siri Samsung Galaxy S21 seperti kamera 108MP dengan lensa periskop 10x.

    "
    "

    Sumber: 1 | 2 | 3

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured