More

    Marshall Kilburn III dilancar di Malaysia: Pembesar suara Bluetooth dengan bateri 50 jam berharga RM1,999

    Marshall Malaysia hari ini melancarkan pembesar suara Bluetooth terbaru iaitu Marshall Kilburn III yang mempunyai teknologi bunyi True Stereophone 360° untuk bunyi yang jelas di setiap sudut serta bateri yang mampu bertahan sehingga 50 jam.

    Marshall mengatakan teknologi bunyi ini menawarkan mid yang seimbang, high yang tajam dan bass yang dalam dengan penalaan yang dipertingkat dan pemandu jalur lebar (wide band drivers). Walaupun pada tahap kelantangan yang tinggi, Kilburn III masih mengekalkan kualiti audio yang jelas.

    Pembesar suara ini mempunyai rekaan yang serupa dengan amplifier rock-n-roll Marshall, dengan permukaan kulit, tombol kawalan bertekstur untuk bass dan treble serta tali berlapik baldu yang boleh ditanggal atau dipasang dengan butang tali gitar. Ia juga mempunyai rating kalis air IP54 supaya anda tidak perlu risau tentang percikan air atau tiupan habuk.

    Satu lagi ciri menarik pada produk ini adalah ia boleh digunakan sebagai power bank untuk mengecas telefon atau lain-lain peranti.

    Marshall Kilburn III akan dijual pada harga RM1,999 dalam dua pilihan warna iaitu hitam Black & Brass dan putih Cream. Ia boleh dibeli di TMT By Thundermatch, Harvey Norman, dan Urban Republic terpilih di seluruh Malaysia bermula hari ini, serta lain-lain kedai bermula 18 Julai 2025.

    Layari laman rasmi Marshall Malaysia dalam Shopee atau Lazada untuk maklumat lanjut mengenainya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pembesar suara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...