More

    “Masalah kekurangan bekalan cip elektronik buat saya tidak senang tidur” – CEO Qualcomm

    Dalam sebuah temu ramah, CEO Qualcomm Cristiano Amon mengatakan masalah kekurangan bekalan cip semikonduktor di seluruh dunia akan menjejaskan pelbagai industri termasuklah permotoran dan produk elektronik. Masalah ini timbul kerana wabak COVID-19 yang meningkatkan permintaan untuk barang elektronik secara mendadak berikutan keperluan bekerja dari rumah yang semakin tinggi.

    Beliau mengatakan rantai bekalan semikonduktor sedia ada tidak mampu menampung permintaan yang amat tinggi sejak 2020 dan situasi ini bakal berlarutan sehingga akhir 2021, membuatkannya terjaga malam memikirkan masalah tersebut. Sebagai contoh, Apple tidak dapat membekalkan iPhone 12 yang cukup dengan tahap permintaan manakala konsol gaming PlayStation 5 dan Xbox Series X juga mengalami masalah sama.

    Kekurangan semikonduktor ini juga telah mengurangkan pengilangan pelbagai produk dan memaksa kilang untuk membuang pekerja. Qualcomm juga tidak merancang untuk membina lebih banyak kilang semikonduktor kerana mereka sekadar membuat rekaan cip baru kemudian bergantung kepada Samsung dan Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) untuk menghasilkan cip tersebut.

    Amon mengatakan proses membuat rekaan cip dan menghasilkannya adalah dua perkara yang amat berbeza. Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memperuntukkan US$37 bilion untuk meningkatkan keupayaan pengilangan semikonduktor dalam AS, namun Amon mengatakan negara itu masih memerlukan tempoh 12 ke 18 bulan untuk membina kilang semikonduktor baru.

    Walau bagaimanapun, beliau mengesyorkan bahawa perkara ini akan pulih pada hujung 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CNET

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured