fbpx
More

    Masih ingin beli Samsung Galaxy S23 Ultra dengan promosi Beli 1, Percuma 1? Jom tengok dulu perbandingan Galaxy S23 Ultra dengan S22 Ultra

    Baru-baru ini, Samsung Malaysia menganjurkan promosi Beli 1, Percuma 1 (Buy 1 Get 1 Free) untuk telefon pintar andalan Samsung Galaxy S23 Ultra yang pastinya amat menarik untuk para pelanggan. Sungguh pun begitu, untuk para pemilik Galaxy S22 Ultra, walaupun mereka layak mendapatkan sebuah Galaxy S23 secara percuma, telefon terbaru itu masih belum cukup untuk menaik taraf daripada Galaxy S22 Ultra.

    Ini adalah sesuatu yang boleh difahami kerana Galaxy S22 Ultra masih lagi sebuah telefon premium yang sangat cemerlang terutamanya dalam aspek penggambaran malap Nightography. Bagi menunujukkan bagaimakah Galaxy S23 Ultra menawarkan banyak penambahbaikan daripada Galaxy S22 Ultra, kami membandingkan kamera 108MP pada S22 Ultra dengan kamera 200MP pada S23 Ultra untuk lihat bagaimana perbezaan kamera ini membawa tahap prestasi seterusnya dalam fotografi dan Nightography. Anda boleh nilai sendiri perbezaannya di bawah, seperti yang telah diulas oleh pengarang TechNave Bahasa Inggeris:

    Apa yang baru dalam kamera Galaxy S23 Ultra?

    Sebelum ini, Galaxy S22 Ultra dilengkapi empat kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto 10MP dan kamera telefoto periskop 10MP, serta kamera hadapan 40MP.

    Galaxy S23 Ultra pula menampilkan kamera utama 200MP, kamera ultra-lebar 12MP, kamera telefoto periskop 10MP untuk zum optikal 10x, kamera telefoto 10MP untuk zum optikal 3x dan kamera hadapan 12MP.

    Berdasarkan nombor sahaja, anda mungkin mengandaikan bahawa kamera utama Galaxy S23 Ultra akan mengambil gambar yang lebih cantik daripada Galaxy S22 Ultra, kecuali daripada segi swafoto kerana Galaxy S23 Ultra sekadar dilengkapi kamera hadapan 12MP. Sungguh pun begitu, Samsung juga menambah baik teknologi kamera AI untuk meningkatkan lagi kualiti gambar pada kamera Galaxy S23 Ultra.

    Zum pada waktu malam

    Seperti Galaxy S22 Ultra, Galaxy S23 Ultra menggunakan kamera telefoto 10MP dengan lensa periskop dan digabungkan dengan sebuah lagi kamera telefoto 10MP untuk menghasilkan zum digital sehingga 100x. Tetapan asal (preset) dalam kameranya mempunyai pilihan untuk 0.6x (ultra-lebar), 1x untuk gambar biasa, zum 3x dan zum 10x.

    Dalam gambar di bawah, kami menggunakan kamera Galaxy S22 Ultra dan Galaxy S23 Ultra untuk mengambil gambar sebatang jalan raya pada waktu malam dalam mod 1x dan zum 3x. Kedua-duanya menghasilkan gambar yang jelas, namun Galaxy S23 Ultra menawarkan gambar yang lebih cantik pada zum 3x.

    Perbandingan Night Mode dalam gambar zum 1x antara Galaxy S23 Ultra (kiri) dengan S22 Ultra
    Perbandingan Night Mode dalam gambar zum 3x antara Galaxy S23 Ultra (kiri) dengan S22 Ultra

    Gambar potret dan swafoto dengan latar belakang kabur

    Algoritima kamera Samsung baharu memastikan gambar yang dicahayakan dari belakang (backlit) untuk kekal jelas, seperti yang boleh dilihat pada gambar mod potret yang diambil pada waktu malam dengan kamera utama dan kamera hadapan.

    Walaupun kamera swafoto 12MP pada Galaxy S23 Ultra diturunkan daripada 40MP dalam Galaxy S22 Ultra, fungsi Dual Pixel Auto Focus dan AI Stereo Depth Samsung membenarkan anda untuk ambil swafoto dengan efek kabur (bokeh) waktu malam yang nampak natural.

    Perbandingan mod potret antara Galaxy S23 Ultra (kiri) dengan S22 Ultra
    Perbandingan swafoto antara Galaxy S23 Ultra (kiri) dengan S22 Ultra

    200MP vs 108MP

    Seperti yang dinyatakan di atas, Galaxy S23 Ultra menggunakan sensor 200MP pada kamera utamanya, jauh lebih tinggi daripada sensor 108MP pada Galaxy S22 Ultra. Ia juga menggunakan teknologi Adaptive Pixel dengan AI untuk memberikan resolusi yang paling sesuai dalam setiap situasi.

    Perbandingan gambar Galaxy S23 Ultra 200MP (kiri) dengan Galaxy S22 Ultra 108MP (kanan)
    Perbandingan gambar Galaxy S23 Ultra 200MP (kiri) dengan Galaxy S22 Ultra 108MP (kanan)

    Jadi adakah Samsung Galaxy S23 Ultra membawa fotografi dan Nightography ke tahap yang seterusnya?

    Pada tahun lalu, kami amat kagum dengan Samsung Galaxy S22 Ultra dengan prestasi mantap pada fotografi dan Nightography. Kami ragu-ragu bagaimana Samsung akan memperbaharuinya untuk Galaxy S23 Ultra, namun mereka berjaya melakukannya kerana telefon terbaru ini berjaya mengambil gambar yang lebih bagus daripada model tahun lalu.

    Jika anda serius dengan penggambaran menggunakan telefon atau prestasi penggambaran pada waktu malam, Galaxy S23 Ultra adalah pilihan yang paling padu dan sesuai, lebih-lebih lagi jika anda masih menggunakan telefon lama seperti Samsung Galaxy Note20 Ultra atau Samsung Galaxy S21 Ultra.

    Dalam pada itu, anda masih boleh ambil kesempatan dengan promosi Beli 1, Percuma 1 untuk dapatkan sebuah Samsung Galaxyt S23 (storan 128GB) secara percuma, apabila anda menukar ganti (trade-in) Galaxy S22 Ultra. Tidak seperti pemilik Galaxy Note20 Ultra dan Galaxy S21 Ultra yang masing-masing perlu membayar sebanyak RM399 dan RM199, pemilik Galaxy S22 Ultra tidak perlu membayar apa-apa langsung untuk dapatkan Galaxy S23 tambahan.

    Anda boleh layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Berikut adalah cara untuk melakukannya:

    1. Tukar ganti Galaxy Note20 Ultra, Galaxy S21 Ultra atau Galaxy S22 Ultra
    2. Beli sebuah Galaxy S23 Ultra (varian 256GB)
    3. Anda kini layak mendapat sebuah Galaxy S23 secara percuma

    Jadi adakah anda berminat dengan telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia]

     

    Artikel Terkini

    Infinix Malaysia ajak anda ke XFans Road Tour, boleh cuba sendiri NOTE 40 Series...

    Infinix Malaysia akan menganjurkan jelajah jerayawara XFans Road Tour di dua bandar utama dalam Semenanjung Malaysia bagi mengajak para pengguna untuk cuba...

    DNB: Kami sentiasa telus dalam pemberian tender dan kontrak untuk pembinaan infrastruktur 5G

    Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam membina infrastruktur 5G negara, Digital Nasional Berhad (DNB), menyatakan mereka sentiasa terbuka dan telus dalam soal pemberian...

    realme 12x 5G akan dilancar di Malaysia pada 2 Mei 2024

    realme Malaysia bakal melancarkan varian terbaru dalam siri telefon pintar kelas pertengahan realme 12 iaitu realme 12x 5G. realme mengatakan ia adalah...

    MediaTek Dimensity 6300 diumum, cipset 5G untuk telefon pintar segmen pertengahan

    MediaTek menawarkan pasaran telefon segmen pertengahan dengan cipset Dimensity 6300 5G terbaharu. Cip ini dihasilkan dengan proses 6nm dan menawarkan peningkatan sederhana...

    vivo V30e dengan SD 6 Gen 1, skrin 120Hz bakal dilancarkan pada 2 Mei...

    Mengikut pengumuman rasmi, vivo akan memperkenalkan vivo V30e di India pada 2 Mei 2024. Peranti ini dijangka menggunakan paparan AMOLED melengkung 6.78...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured