More

    Maxis dan BHPetrol bekerjasama untuk ubah dan tingkatkan pengalaman runcit secara digital

    Maxis bekerjasama dengan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) untuk pelaksanaan digitalisasi meluas BHPetrol dan meningkatkan pengalaman pelanggan di stesen runcit mereka.

    Dalam kerjasama ini, Maxis sebagai penyedia rangkaian akan menyediakan SD-WAN terurusnya (Software-Defined Wide Area Network) untuk menyokong terminal pembayaran di setiap pam minyak dan sistem kaunter bayaran (Point of Sale) di semua stesen runcit BHPetrol di Semenanjung Malaysia.

    SD-WAN adalah teknologi rangkaian yang menawarkan solusi kesalinghubungan yang fleksibel, boleh dinaik taraf dan berpatutan. Ia juga menggabungkan langkah-langkah keselamatan untuk memastikan perlindungan komunikasi secara menyeluruh. SD-WAN Maxis telah dilaksanakan di lebih daripada 240 lokasi dan akan diteruskan di stesen-stesen lain yang mungkin selesai menjelang akhir tahun.

    Selain itu, Maxis dan BHPetrol menawarkan rebat tunai eksklusif kepada pengguna Maxis dan Hotlink sehingga 30 Jun 2023. Pengguna hanya perlu memuat turun tawaran ini dari aplikasi Maxis atau Hotlink dan menebusnya di stesen BHPetrol yang menyertai program ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured