More

    Maxis dan Hotlink Postpaid umumkan peningkatan data untuk setiap pelan, sehingga 300GB

    Maxis hari ini mengumumkan penambahan kuota internet untuk pelan-pelan pascabayar Maxis Postpaid dan Hotlink Postpaid. Pelan yang mengalami peningkatan kuota termasuklah Hotlink Postpaid 45, 60, dan 70, serta pelan Maxis Postpaid 79.

    Sementara itu, pelan Maxis Postpaid 109, 139, 169 dan 199 akan menerima kuota tanpa had.

    Kuota internet baharu ini akan berkuat kuasa secara berperingkat mulai 9 Oktober hingga 5 November 2024. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai kuota internet baharu dalam pelan pascabayar Maxis dan Hotlink:

    Pelan KadarKuota TerdahuluKuota Baharu
    Hotlink
    Hotlink Postpaid 4530GB (4G/5G) + 30GB (5G)50GB (4G/5G) + 50GB (5G)
    Hotlink Postpaid 6050GB (4G/5G) + 50GB (5G)100GB (4G/5G) + 100GB (5G)
    Hotlink Postpaid 7070GB (4G/5G) + 70GB (5G)150GB (4G/5G) + 150GB (5G)
    Maxis
    Maxis Postpaid 7980GB (4G/5G) + 80GB (5G)300GB (4G/5G)
    Maxis Postpaid 109100GB (4G/5G) + 200 GB (5G)Tanpa had (4G/5G)
    Maxis Postpaid 139120GB (4G/5G) + 360GB (5G)
    Maxis Postpaid 169150GB (4G/5G) + 600GB (5G)
    Maxis Postpaid 199200GB (4G/5G) + 1000GB (5G)

    Berita ini pastinya akan disambut baik oleh para pelanggan Maxis dan Hotlink, terutamanya buat pelan yang tidak lagi mempunyai kuota dan boleh menggunakan data 4G/5G tanpa had. Perlu diketahui bahawa penggunaan data tanpa had ini terikat dengan Polisi Penggunaan Adil (FUP) yang dikuat kuasakan oleh Maxis.

    Semua peningkatan data dalam pelan Maxis adalah berdasarkan promosi yang akan berlangsung sehingga 16 Januari 2025. Di samping itu, pelanggan Maxis Postpaid 109, 139, 169 dan 199 juga akan menikmati tawaran eksklusif untuk peranti, serta peruntukan talian kongsi untuk menghubungkan ahli keluarga mereka.

    Beritahu kami di Facebook jika anda bakal menerima peningkatan kuota ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured