More

    Maxis dilihat tawarkan servis VoLTE untuk kualiti panggilan HD, kemudian memadamnya

    Terkini, Maxis dilihat telah menyiarkan laman khas untuk perkhidmatan VoLTE untuk pelanggannya. Perkhidmatan VoLTE atau Voice Over LTE ini memberi kualiti panggilan yang lebih baik dan rangkaian yang lebih pantas.

    Teknologi VoLTE mampu memberikan kualiti audio panggilan umpama anda sedang bercakap dengan orang di sebelah anda, suara yang lebih jelas, pengurangan hingar atau bunyi bising dan urusan panggilan yang pantas.

    Maxis kemudiannya memadam laman ini, namun anda boleh melihat cache laman tersebut jika anda mencari ‘Maxis VoLTE’ di Google dan klik ‘Cache’ pada pautan itu. Anda boleh melihat gambar laman tersebut seperti di bawah.

    Menurut gambar di atas, anda boleh membuat panggilan dengan pantas, membuat panggilan sambil berada dalam talian, kualiti panggilan HD dan tiada sela masa untuk menukar dari panggilan biasa ke panggilan video.

    Turut serta adalah senarai peranti yang menyokong fungsi VoLTE seperti di bawah.

    Apa pun, kami masih belum mendapat maklumat rasmi mengenai servis VoLTE Maxis ini. Kami menyarankan agar anda juga menunggu maklumat rasmi dari Maxis.

    Kami juga tidak pasti jika pelanggan Maxis dengan peranti yang disokong seperti yang dinyatakan di atas sudah boleh menggunakan servis ini. Beritahu kami di laman Facebook jika anda sudah boleh mencubanya dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita rasmi dari Maxis.

    Terdahulu, Celcom telah menyediakan perkhidmatan VoLTE untuk pengguna iPhone sahaja.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured