More

    Maxis Home Solar perkenalkan pelan Pembelian Terus dengan harga bermula RM20,499

    Maxis kini meluaskan tawaran Maxis Home Solar menerusi pengenalan pelan baharu Pembelian Terus untuk pengguna di Malaysia. Pilihan baharu diperkenalkan sebagai tambahan kepada pelan langganan sedia ada yang dilancarkan pada tahun lalu yang memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pemilik rumah untuk beralih kepada tenaga solar.

    Pelan Pembelian Terus direka untuk pengguna yang mahukan pemilikan penuh sistem solar mereka dan penjimatan jangka panjang. Melalui pelan baharu, pengguna dikatakan berpotensi mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga 80% selain memperoleh semula pelaburan awal dalam tempoh sekitar tiga hingga lima tahun.

    Bagi mengurangkan beban kos permulaan, Maxis juga menawarkan pelan bayaran mudah dengan kadar faedah 0% sehingga 36 bulan menerusi rakan bank terpilih. Harga permulaan sistem pula bermula daripada RM20,499 atau sekitar RM570 sebulan di bawah pelan EzyPay 36 bulan. Sebagai promosi pengenalan, pelanggan yang mendaftar sebelum 31 Mei 2026 akan menerima penyelenggaraan, insurans dan pemantauan prestasi solar secara percuma sehingga lima tahun.

    Perlindungan turut meliputi kerosakan tidak sengaja pada komponen utama sistem solar termasuk panel dan penyongsang. Peluasan Maxis Home Solar ini juga dilihat selari dengan inisiatif Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP) yang menggalakkan lebih banyak isi rumah di Malaysia menggunakan tenaga boleh diperbaharui.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured