More

    Maxis Home Solar tersedia di seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei ini

    Dalam usaha menyokong matlamat negara mencapai pelepasan sifar bersih (Net Zero) menjelang tahun 2050 dan memenuhi permintaan tenaga bersih di kediaman, Maxis telah memperkenalkan perkhidmatan langganan Maxis Home Solar.

    Selepas pelancaran awal di Lembah Klang pada penghujung 2024, Maxis mengumumkan bahawa perkhidmatan ini akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei 2025 dengan pelaksanaan penuh dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

    Maxis Home Solar menawarkan perkhidmatan komprehensif termasuk reka bentuk sistem, pemasangan, pengurusan permohonan di bawah Net Energy Metering (NEM) dan pemasangan meter pintar. Pelanggan turut menikmati servis baik pulih dan penyelenggaraan secara berterusan tanpa caj tambahan, disokong oleh khidmat pelanggan Maxis.

    Pemantauan proaktif dan penyelesaian masalah juga disediakan untuk memastikan prestasi sistem berada pada tahap optimum dan memberikan penjimatan tenaga maksimum. Tambahan, setiap langganan disertakan dengan insurans dan pengurusan jaminan selama 10 tahun.

    Model langganan disesuaikan mengikut saiz rumah dan penggunaan elektrik bulanan dengan pilihan sama ada bayaran tetap bulanan atau berdasarkan tenaga yang dijana. Bagi rumah bersaiz kecil, harga langganan bermula dari RM310 sebulan, biasanya untuk rumah dengan bil elektrik TNB sekitar RM500 hingga RM650.

    Untuk rumah lebih besar, harga bermula dari RM540 sebulan, dengan bil elektrik bulanan purata antara RM1,050 hingga RM1,400. Penjimatan bil elektrik dianggarkan antara RM110 hingga RM280 sebulan bergantung kepada saiz hartanah dan penggunaan tenaga. Naik taraf sistem di masa hadapan juga akan bergantung kepada perubahan dasar Net Energy Metering (NEM).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured