Maxis telah melancarkan aplikasi Hotlink baharu untuk pelanggan prabayar dan pascabayar melalui konsep platform semua-dalam-satu. Pelanggan yang memuat turun aplikasi semasa musim perayaan dan log masuk setiap hari hingga 7 Mei akan menikmati akses tawaran Raya Percuma.
Pengguna juga berpeluang memenangi hadiah eksklusif dan menarik bernilai RM100,000 termasuk TV Samsung 65 inci Ultra HD 4K, Apple iPad Pro 12.9 inci Wi-Fi + Cellular 256GB dan baucar tunai Grab, Petronas, Shopee dan Zalora.


Pengguna Prabayar Hotlink hanya perlu berbelanja & menang dengan membeli e-Baucar Ganjaran Hotlink melalui aplikasi Hotlink baharu untuk peluang memenangi hadiah. Dari 3 hingga 17 Mei, pengguna juga akan menerima tambahan 30GB data percuma dengan setiap pembelian HotlinkMU.
Bagi pengguna Pascabayar Hotlink, mereka perlu tuntut & menang dengan log masuk setiap hari, pilih tab ‘Ganjaran’ dan klik pada ‘Menang Hadiah’ untuk menuntut hadiah yang mereka inginkan untuk peluang memenanginya.
Tawaran Raya ini akan berlangsung sehingga 7 Mei. Lawati laman rasmi Hotlink untuk maklumat lanjut dan aplikasi Hotlink baharu kini tersedia untuk dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store.
Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.






