More

    Maxis perkenal Miya – pembantu AI baharu dalam aplikasi Maxis

    Maxis kini memperkenalkan Miya, pembantu pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang diintegrasikan terus ke dalam aplikasi Maxis. Ia sedang dilancarkan secara berperingkat dan kini boleh dicuba oleh pengguna melalui versi aplikasi Maxis terkini (v9.2 dan ke atas).

    Menurut Maxis, Miya berfungsi sebagai pembantu maya yang membantu pengguna mengurus akaun, mendapatkan maklumat pelan dan menyelesaikan pelbagai urusan seperti pembayaran bil, semakan kelayakan pelan fiber serta pembelian pas perayauan (roaming).

    Untuk mencuba Miya, pengguna hanya perlu mengemas kini aplikasi Maxis dan menekan ikon berwarna hijau di bahagian tengah bawah aplikasi yang terletak di antara tab Bills dan Deals. Walau bagaimanapun, Maxis menjelaskan bahawa Miya masih berada dalam fasa pembelajaran atau BETA.

    Ia akan ditambah baik dari semasa ke semasa dan mungkin memerlukan pengguna menyesuaikan cara pertanyaan bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat. Buat masa ini, Miya hanya menyokong bahasa Inggeris dan input berbentuk teks sahaja.

    Maxis turut menegaskan bahawa prestasi dan pemahaman Miya akan dipertingkat secara berterusan seiring dengan maklum balas pengguna. Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maxis

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...