More

    Maxis perkenalkan pas perayauan Arab Saudi khas untuk musim Haji

    Hari ini, Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad yang direka khas untuk pelanggan Maxis yang bakal menunaikan ibadah haji di Arab Saudi. Pas perayauan ini boleh didapati oleh semua pelanggan pascabayar Maxis mulai sekarang sehingga 30 Jun 2024 dengan harga RM99.

    Pelanggan juga boleh menikmati data perayauan tanpa had di Arab Saudi selama tempoh 45 hari dengan internet berkelajuan tinggi sebanyak 2GB sehari diikuti dengan data tanpa had pada kelajuan sehingga 1Mbps.

    Saudi Premium Data Pass ini boleh diaktifkan melalui aplikasi Maxis untuk penggunaan segera ataupun dijadualkan sehingga 14 hari lebih awal dari tarikh pengaktifan. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendaftar untuk pas ini melalui Maxis Care Portal ataupun Maxis Easy Menu (*100#).

    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.maxis.com.my/. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured