More

    Maxis umum bakal hentikan perkhidmatan 3G di Terengganu

    Sebelum ini, Maxis mengatakan bahawa mereka akan memberhentikan rangkaian 3G di seluruh negara secara berperingkat. Pelanggan yang terkesan akan diberitahu melalui SMS serta terdapat pengumuman di laman web Maxis. Maxis juga mendorong pelanggannya untuk beralih dari 3G ke 4G dari tahun lepas.

    Walau bagaimanapun, pengumuman terbaru keluar secara tiba-tiba dan MalaysianWireless tidak dapat memastikan sama ada pihak telko telah memberi notis kepada pelanggannya mengenai penutupan rangkaian 3G di Terengganu hari ini. Tambahan, tiada notis yang dipaparkan di halaman depan laman web Maxis.

    Malaysia akan menghentikan rangkaian 3G pada akhir 2021 untuk meningkatkan liputan dan kelajuan 4G. Pengumuman daripada Maxis tidak menyatakan sama ada terdapat pelanggan 3G aktif di Terengganu ataupun tiada. Maxis menaiktaraf rangkaian 3Gnya (900Mhz dan 2100Mhz) ke 4G untuk pengalaman jalur lebar yang lebih menarik.

    Pelanggan Maxis yang yang menggunakan peranti bukan 4G di Terengganu akan menerima isyarat 2G, jika peranti mereka menyokong sambungan 2G. Peranti yang tiada sokongan sambungan VoLTE hanya dapat membuat dan menerima panggilan suara di rangkaian 2G, walaupun mereka mempunyai telefon pintar 4G.

    Maxis mengatakan, “Penghentian perkhidmatan 3G akan dilakukan secara berperingkat dan kami akan memastikan bahawa rangkaian 4G kami stabil di semua lokasi sebelum rangkaian 3G dihentikan. Untuk kawasan dengan liputan 4G yang kurang stabil, peningkatan rangkaian 4G akan dilakukan sebelum pelaksanaan operasi penghentian perkhidmatan 3G. Anda akan dapat menggunakan 2G sekiranya liputan 4G tidak tersedia dengan syarat telefon bimbit anda menyokong sambungan 2G.”

    Negeri-negeri lain di Malaysia juga bakal menyusul dengan pemberhentian rangkaian Maxis 3G. MalaysianWireless memperoleh senarai wilayah dan negeri yang terjejas oleh penutupan Maxis 3G yang disiarkan di dalam laman web Maxis. Senarai rangkaian Maxis 3G ditutup mengikut senarai seperti di bawah:

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MalaysianWireless

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured