Maybank akan menjalankan penyelenggaraan bulanan ke atas sistem utamanya pada 31 Disember 2024. Sehubungan dengan itu, beberapa perkhidmatan yang melibatkan akses ke sistem akan terganggu sementara antara 11.30 malam hingga 11.59 malam pada tarikh tersebut.
Untuk makluman, perkhidmatan yang terjejas adalah Maybank2u, Aplikasi MAE & Aplikasi QRPayBiz, Pembayaran Online FPX, Transaksi Kad Debit, Terminal Layan Diri (ATM) dan Mesin Deposit Tunai & Cek. Gangguan ini berlaku disebabkan penyelenggaraan sistem bagi persediaan kempen beli-belah bulanan 1.1 untuk memastikan tiada masalah yang tidak diingini berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Selain itu, Maybank memohon maaf atas kesulitan yang timbul dan menghargai kerjasama dari pelbagai pihak dalam hal ini. Untuk maklumat lanjut atau bantuan, anda boleh menghantar emel ke [email protected].
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Maybank2u






