More

    Maybank akan perkenalkan tempoh bertenang 12 jam jika anda naikkan had jumlah pemindahan wang

    Bermula 31 Julai 2024, Maybank akan menguat kuasakan tempoh bertenang (cooling-off period) selama 12 jam untuk sebarang permintaan untuk meningkatkan jumlah pemindahan wang (transfer limit) melalui laman web Maybank2u.

    Ini bermaksud anda perlu menunggu selama 12 jam untuk memindahkan wang mengikut jumlah had baharu. Sepanjang tempoh menunggu 12 jam tersebut, anda masih boleh memindahkan wang namun dengan jumlah mengikut had pemindahan yang lama.

    Selepas 12 jam itu tamat, barulah anda boleh memindahkan wang menurut had pemindahan baharu yang ditetapkan. Anda akan menerima pemberitahuan dalam aplikasi MAE atau mesej SMS berkenaan permulaan dan penamatan tempoh menunggu tersebut.

    Pemindahan wang ini termasuklah untuk pemindahan daripada Maybank ke Maybank, pemindahan antara bank (seperti DuitNow, DuitNow-Transfer dan GIRO) serta perkhidmatan atas talian seperti FPX, e-dompet dan DuitNow Online Banking.

    Ini merupakan salah satu langkah daripada Maybank untuk mengelakkan pengguna daripada menjadi mangsa scam, di mana mangsa sering meningkatkan had pemindahan wang untuk transaksi yang tidak sah. Dengan pengenalan tempoh menunggu ini, pengguna boleh mengambil masa untuk ambil langkah proaktif seperti menghubungi Talian Pelanggan di 1300-88-6688 atau mengaktifkan Kill Switch melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured