More

    Maybank hadkan akses peranti lama bagi lindungi pengguna dalam talian

    Maybank baru-baru ini mengesahkan bahawa sesetengah telefon pintar dan pelayar web versi lama tidak lagi dapat mengakses laman serta perkhidmatan mereka dengan selamat di Malaysia. Langkah ini melibatkan peranti yang menggunakan sistem operasi bawah Android 10 dan iOS 15.

    Peranti dengan Android 11 ke atas dan iOS 16 ke atas masih boleh digunakan untuk mengakses akaun, namun Maybank menjelaskan bahawa pengguna mungkin dikenakan had transaksi harian yang lebih rendah. Walaupun pengumuman ini hanya melibatkan Maybank, langkah sama dijangka akan diikuti oleh institusi kewangan lain termasuk bank dan penyedia eWallet.

    Menurut Maybank, tindakan ini diambil bagi melindungi pengguna daripada risiko keselamatan siber. Peranti dengan sistem operasi lama lebih terdedah kepada serangan penggodam dan perisian hasad yang menyebabkan sekatan akses menjadi langkah pencegahan yang penting. Tambahan, komputer riba dan desktop turut terkesan jika masih menggunakan pelayar web versi lama.

    Antara versi pelayar yang perlu dikemas kini segera termasuk:

    • Opera versi 116 dan ke bawah Microsoft Edge (Windows) versi 133 dan ke bawah
    • Google Chrome (Windows) versi 133 dan ke bawah
    • Mozilla Firefox (Windows) versi 134 dan ke bawah
    • Safari (Apple) versi 17 dan ke bawah

    Sekatan ini akan menjejaskan akses ke beberapa perkhidmatan utama seperti Maybank2u Web, aplikasi MAE, M2U Biz dan M2E. Maybank mengingatkan pengguna untuk mengemas kini sistem operasi dan pelayar masing-masing bagi memastikan urusan kewangan kekal lancar dan selamat atau berisiko kehilangan akses sepenuhnya ke akaun mereka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured