More

    Maybank lancar aplikasi MAE by Maybank2u, bantu rakyat Malaysia urus kewangan harian & menabung

    Maybank hari ini telah melancarkan aplikasi MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baru untuk memudahkan rakyat Malaysia menguruskan sebarang urus niaga atau hal kewangan harian, di samping penggunaan untuk perbankan digital dalam Maybank2u. Ia boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store.

    Melalui aplikasi ini, pengguna boleh mengakses perbankan mudah alih, pembayaran QR, dompet digital MAE dan pelbagai fungsi lain. Antara fungsi utama adalah “Expenses“ (Perbelanjaan) di mana ia boleh memberi pandangan menyeluruh tentang semua perbelanjaan melalui akaun, kad dan transaksi QR Maybank. Transaksi tunai yang tidak direkod oleh Maybank pula boleh ditambah dalam aplikasi dengan mudah.

    Menurut CEO Maybank Datuk Abdul Farid Alias, di samping fungsi perbankan seperti pembayaran bil dan pindahan wang, aplikasi ini juga boleh membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil menggalakkan amalan menabung. Fungsi “Tabung” dalam aplikasi MAE boleh dipadankan dengan pelengkap Boosters yang terdiri daripada tiga jenis:

    • Spare Change di mana perbelanjaan akan dibundarkan dan bakinya dipindah ke dalam Tabung
    • Scan & Save di mana simpanan yang diperoleh daripada promosi transaksi QRPay akan dikreditkan ke dalam tabung
    • Guilty Pleasure yang membolehkan pengguna untuk hadkan perbelanjaan harian. Jika perbelanjaan melebihi had, jumlah berlebihan akan dikreditkan ke dalam Tabung

    Bagi mereka yang gemar jalan-jalan cari makan pula, MAE turut mempunyai fungsi roda Makan Mana untuk membantu pengguna mencari restoran menarik sambil mendapatkan promosi khas.

    Selain itu, Maybank turut melancarkan kad debit MAE Visa, di mana kad ini boleh digunakan di dalam dan luar negara dengan kadar pertukaran mata wang asing yang kompetitif.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan aplikasi Maybank ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...