More

    Maybank lancarkan Pembiayaan Digital Peribadi, kelulusan dalam tempoh 10 saat sahaja

    Maybank hari ini telah melancarkan Pembiayaan Digital Peribadi Maybank di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE. Kaedah pinjaman baharu ini mempunyai perisian penentu keputusan yang boleh melakukan semakan pra-kelayakan dan menilai setiap permohonan serta-merta untuk memberikan kelulusan cepat dan seterusnya pembayaran dalam tempoh 10 saat sahaja.

    Pelanggan baharu dan sedia ada yang berumur antara 21 sehingga 60 tahun boleh memohon untuk Pembiayaan Digital Peribadi Maybank. Pelanggan Maybank boleh memohon sehingga RM100,000 atau empat (4) kali ganda daripada pendapatan bulanan (yang mana lebih rendah) dengan mudah tanpa perlu menghantar dokumen pendapatan dan boleh menerima dana dalam tempoh 10 saat selepas kelulusan.

    Tambahan, ia mudah lulus sekiranya gaji mereka dimasukkan ke dalam Maybank dan mempunyai pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM42,000 serta memenuhi syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Bank seperti memiliki profil dan skor kredit yang sihat.

    Selain dari itu, Pembiayaan Digital Peribadi Maybank memberikan pelanggan fleksibiliti dalam memilih amaun pembiayaan minima mereka supaya pihak Bank boleh memberikan tawaran pembiayaan terlaras dengan segera sekiranya mereka tidak layak untuk memohon amaun pembiayaan yang asal.

    Pelanggan baharu atau sedia ada yang tidak mempunyai rekod pendapatan dalam Maybank juga boleh memohon Pembiayaan Digital Peribadi Maybank dengan langkah tambahan iaitu memuat naik dokumen pendapatan mereka. Pelanggan akan menerima keputusan pada hari yang sama dengan dana diberikan dalam masa satu (1) hari selepas kelulusan sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan.

    Sempena pelancarannya, para pelanggan yang memohon untuk pembiayaan peribadi melalui Pembiayaan Digital Peribadi Maybank mulai hari ini sehingga 15 Julai 2022 dan menerima kelulusan untuk permohonan mereka akan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM50,000 termasuk hadiah utama sebanyak RM10,000.

    Pembiayaan Digital Peribadi Maybank tersedia dalam pilihan Konvensional atau Islamik di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE bermula hari ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...