Maybank hari ini telah melancarkan Pembiayaan Digital Peribadi Maybank di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE. Kaedah pinjaman baharu ini mempunyai perisian penentu keputusan yang boleh melakukan semakan pra-kelayakan dan menilai setiap permohonan serta-merta untuk memberikan kelulusan cepat dan seterusnya pembayaran dalam tempoh 10 saat sahaja.
Pelanggan baharu dan sedia ada yang berumur antara 21 sehingga 60 tahun boleh memohon untuk Pembiayaan Digital Peribadi Maybank. Pelanggan Maybank boleh memohon sehingga RM100,000 atau empat (4) kali ganda daripada pendapatan bulanan (yang mana lebih rendah) dengan mudah tanpa perlu menghantar dokumen pendapatan dan boleh menerima dana dalam tempoh 10 saat selepas kelulusan.


Tambahan, ia mudah lulus sekiranya gaji mereka dimasukkan ke dalam Maybank dan mempunyai pendapatan kasar sekurang-kurangnya RM42,000 serta memenuhi syarat kelayakan lain yang ditetapkan oleh pihak Bank seperti memiliki profil dan skor kredit yang sihat.
Selain dari itu, Pembiayaan Digital Peribadi Maybank memberikan pelanggan fleksibiliti dalam memilih amaun pembiayaan minima mereka supaya pihak Bank boleh memberikan tawaran pembiayaan terlaras dengan segera sekiranya mereka tidak layak untuk memohon amaun pembiayaan yang asal.
Pelanggan baharu atau sedia ada yang tidak mempunyai rekod pendapatan dalam Maybank juga boleh memohon Pembiayaan Digital Peribadi Maybank dengan langkah tambahan iaitu memuat naik dokumen pendapatan mereka. Pelanggan akan menerima keputusan pada hari yang sama dengan dana diberikan dalam masa satu (1) hari selepas kelulusan sekiranya mereka memenuhi syarat kelayakan.
Sempena pelancarannya, para pelanggan yang memohon untuk pembiayaan peribadi melalui Pembiayaan Digital Peribadi Maybank mulai hari ini sehingga 15 Julai 2022 dan menerima kelulusan untuk permohonan mereka akan berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM50,000 termasuk hadiah utama sebanyak RM10,000.
Pembiayaan Digital Peribadi Maybank tersedia dalam pilihan Konvensional atau Islamik di laman sesawang Maybank2u dan aplikasi MAE bermula hari ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.






