More

    Maybank: Pengaktifan baharu Secure2u perlu dibuat di ATM bermula 31 Oktober ini

    Bermula 31 Oktober 2023, semua pengaktifan Secure2u untuk kali pertama dan pengaktifan Secure2u pada peranti baharu perlu dilakukan di ATM Maybank sejajar dengan langkah keselamatan terkini oleh Bank Negara Malaysia.

    Secure2u ialah kaedah yang lebih selamat dan cepat untuk meluluskan transaksi Maybank2u serta MAE menggunakan Secure Verification (kelulusan sekali klik) atau Secure TAC (nombor TAC 6 digit yang dijana pada aplikasi anda). Sebaik sahaja anda mengaktifkan Secure2u, ia akan menjadi kaedah utama untuk meluluskan semua transaksi.

    Selepas pengguna mendaftar Secure2u pada peranti baharu, pengguna akan menerima pemberitahuan pop timbul dan pemberitahuan SMS untuk mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank dalam masa 30 hari. Untuk mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank, pengguna perlu membawa kad debit, kad debit atau kad prabayar. 

    Selepas memasukkan kad bank serta kata laluan di ATM, pengguna boleh memilih Secure2u Activation di laman utama dan kemudian ikut arahan untuk menyelesaikan proses pengaktifan. Perlu diingat bahawa selepas mengaktifkan Secure2u di ATM Maybank, sistem akan mempunyai tempoh bertenang selama 12 jam.

    Pengguna perlu menunggu sehingga 12 jam sebelum menggunakan Secure2u untuk mengesahkan transaksi. Langkah baharu ini hanya terpakai kepada pengguna yang mendaftarkan Secure2u pada peranti baharu selepas 31 Oktober dan pengguna sedia ada tidak akan terjejas.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured