More

    Maybank perkenal tempoh bertenang, had transaksi tambah nilai mulai 26 Mei ini

    Maybank akan melaksanakan had transaksi harian serta memperkenalkan tempoh bertenang selama 12 jam bagi sebarang peningkatan had untuk perkhidmatan tambah nilai (reload services), berkuat kuasa mulai 26 Mei 2025.

    Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bank tersebut untuk meningkatkan keselamatan transaksi atas talian para pelanggannya. Mulai tarikh tersebut, had transaksi harian bagi perkhidmatan tambah nilai akan dihadkan kepada:

    Jenis Perkhidmatan Tambah NilaiHad Sedia AdaHad MinimumHad Maksimum
    Tambah nilai prabayar mudah alih/internetRM200RM0RM500
    Pembelian kredit permainan menggunakan PINRM200RM0RM500

    Pengguna masih boleh menetapkan had tersuai sendiri dalam lingkungan had minimum dan maksimum yang ditetapkan. Sebarang permintaan untuk meningkatkan had transaksi harian perlu disahkan terlebih dahulu melalui Secure2u. Selepas pengesahan, akan terdapat tempoh bertenang selama 12 jam sebelum had baharu berkuat kuasa.

    Semasa tempoh bertenang, pengguna masih boleh melakukan transaksi tambah nilai berdasarkan had sedia ada. Notifikasi berkenaan permulaan dan tamat tempoh bertenang akan dihantar menerusi aplikasi MAE dan e-mel berdaftar. Pengguna boleh menyesuaikan had transaksi harian melalui laman web Maybank2u dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

    1. Log masuk ke Maybank2u.
    2. Pilih menu ‘Settings’.
    3. Klik ‘Pay & Transfer’ dan pilih ‘Reload Limit’.
    4. Tetapkan had baharu dan sahkan melalui Secure2u.

    Maybank menggalakkan semua pelanggan untuk menyemak dan menetapkan had transaksi harian yang sesuai mengikut keperluan masing-masing. Jika terdapat aktiviti mencurigakan dalam akaun, pengguna disarankan untuk mengaktifkan ciri ‘Kill Switch’ menerusi aplikasi MAE atau laman web Maybank2u untuk menyekat sementara akses ke akaun mereka.

    Untuk maklumat dan sebarang kemas kini lanjut, pelanggan boleh merujuk laman rasmi Maybank di sini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured