More

    Maybank perkenalkan fungsi Kill Switch untuk matikan semua akses terhadap akaun bank anda

    Jenayah penipuan (scam) semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, jadi kita perlu mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa. Jika anda merupakan pelanggan Maybank, anda boleh memanfaatkan fungsi baharu bernama Kill Switch yang boleh melindungi akaun bank anda daripada digodam oleh orang jahat.

    Jika anda mengesyaki bahawa anda menjadi sasaran scam, anda boleh lindungi akaun bank dan wang anda dengan mengaktifkan Kill Switch, di mana ia akan menyahaktifkan akses kepada Maybank2u buat sementara. Kill Switch boleh diaktifkan melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

    Sebaik sahaja ia diaktifkan, anda akan didaftar keluar (logged out) secara automatik daripada semua sesi aktif pada aplikasi MAE, aplikasi M2U MY dan laman web Maybank2u. Langkah ini diambil bagi menyekat sebarang percubaan log masuk yang selanjutnya, lantas melindungi wang dalam akaun bank anda.

    Sewaktu Kill Switch diaktifkan, anda masih boleh mengeluarkan wang daripada ATM dan membuat pembelian dengan kad debit atau kad kredit fizikal yang diberikan oleh Maybank. Sungguh pun begitu, pengeluaran tunai tanpa kad atau tanpa sentuh tidak boleh dilakukan semasa tempoh ini kerana anda perlu log masuk ke Maybank2u.

    Selain itu, sebarang transaksi berulang (recurring transaction) atau arahan tetap (standing instructions) tidak akan terjejas sewaktu Kill Switch diaktifkan.

    Untuk mengembalikan semula akses kepada Maybank2u selepas Kill Switch diaktifkan, anda perlu pergi ke cawangan Maybank atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank (MGCC) di talian 1300 88 8866.

    Walaupun Maybank telah memperkenalkan fungsi baharu ini, langkah yang paling penting dalam mengelakkan diri daripada menjadi jenayah penipuan dalam talian adalah anda perlu sentiasa peka terhadap sebarang bentuk scam. Anda perlu sedar bahawa tiada syarikat atau badan kerajaan yang akan meminta maklumat peribadi, maklumat perbankan peribadi, kod OTP dan kod TAC melalui panggilan telefon atau mesej WhatsApp.

    Kami berharap para pembaca akan terus selamat daripada menjadi mangsa penipuan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured