More

    Maybank perkenalkan had pembayaran baru & tempoh bertenang untuk peningkatan had pembayaran

    Maybank baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan had pembayaran baharu (default pay limit) bermula 5 Disember 2024. Mereka mengatakan langkah ini boleh mengurangkan risiko jika akaun anda diakses oleh pihak yang tidak diketahui dan menyediakan pengalaman perbankan internet yang lebih selamat.

    Berikut adalah had pembayaran baharu bermula tarikh tersebut:

    Jenis pembayaran Had pembayaran baharuHad pembayaran maksimum
    Produk & perkhidmatan MaybankRM3,000Tiada had
    Lain-lain, termasuk zakatRM3,000RM100,000
    JomPayRM3,000RM50,000

    Jika anda ingin meningkatkan had pembayaran harian, anda boleh lakukannya dalam laman web Maybank2u (Settings > Pay & Transfer > Pay Limit). Had pembayaran anda tidak boleh melebihi had maksimum (maximum daily limit).

    Selepas anda meningkatkan had pembayaran harian, anda perlu tunggu selama 12 jam sebagai tempoh bertenang (cooling-off period). Maybank memperkenalkan tempoh ini bagi membolehkan anda mengambil langkah-langkah berjaga jika terdapat scammer yang ingin meningkatkan had pembayaran dan melaksanakan transaksi yang tidak diiktiraf.

    Sewaktu tempoh bertenang, anda masih boleh melakukan pembayaran seperti biasa, namun ia terikat dengan had pembayaran sebelumnya. Sebaik sahaja tempoh bertenang tamat, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MAE atau mesej SMS mengenainya.

    Beritahu kami di Facebook jika fungsi ini melibatkan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured