More

    Maybank rancang aplikasi perbankan baharu, MAE mungkin digantikan

    Maybank sedang bersiap sedia melancarkan aplikasi perbankan baharu sebagai sebahagian daripada strategi lima tahun ROAR30 yang berpotensi menggantikan aplikasi MAE yang kini digunakan oleh jutaan rakyat Malaysia.

    Aplikasi baharu itu dibangunkan untuk melonjakkan keupayaan digital bank dan menawarkan ciri yang lebih menyeluruh kepada pelanggan di peringkat serantau. Tidak seperti pendekatan sebelum ini, ia direka supaya boleh digunakan merentas pelbagai pasaran tanpa perlu membangunkan aplikasi berasingan bagi setiap negara.

    Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelaburan teknologi Maybank bernilai RM10 bilion dalam tempoh lima tahun di bawah pelan ROAR30 yang bertujuan meningkatkan penglibatan pelanggan, memperkukuh perkhidmatan perbankan digital serta menyokong pertumbuhan pendapatan berasaskan yuran.

    Indonesia dikenal pasti sebagai pasaran pertama untuk pelancaran aplikasi ini, diikuti Malaysia dan Singapura. Aplikasi MAE sedia ada yang telah berkembang menjadi platform utama untuk perbankan peribadi, pengurusan kewangan dan transaksi gaya hidup, berkemungkinan akan digantikan secara berperingkat sekiranya peralihan ke aplikasi baharu berjalan lancar.

    Walaupun MAE kini kukuh digunakan, Maybank melihat keperluan kepada platform tunggal dengan keupayaan digital yang lebih luas selaras dengan hala tuju jangka panjang kumpulan. Buat masa ini, Maybank masih belum mendedahkan butiran penuh ciri atau tarikh pelancaran rasmi aplikasi baharu tersebut. Pengumuman lanjut dijangka dibuat sepanjang tahun 2026.

    Namun begitu, langkah ini dijangka menerima reaksi bercampur memandangkan MAE baru berusia enam tahun dan pengguna hanya baru menyesuaikan diri selepas peralihan daripada aplikasi M2U My. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...