More

    Maybank: Setiap transaksi dalam talian akan menggunakan Secure2u

    Maybank hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berpindah secara sepenuhnya kepada Secure2u untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil, transaksi DuitNow, FPX dan IBG.

    Berbanding dengan kata laluan sekali sahaja menerusi sistem pesanan ringkas (SMS OTP), pengalihan ke Secure2u yang merupakan kaedah pengesahan yang lebih selamat. Pelanggan kini boleh meluluskan semua aktiviti perbankan dalam talian serta mengemas kini maklumat peribadi seperti nombor telefon bimbit atau alamat melalui Secure2u.

    Perlu diingatkan bahawa hanya satu peranti sahaja terpaut dengan Secure2u untuk setiap akaun pelanggan. Mulai 1 Julai 2023, semua pengesahan Secure2u akan dipindahkan ke Aplikasi MAE. Pelanggan boleh meluluskan transaksi yang dilakukan di laman sesawang Maybank2u, Aplikasi Maybank2u dan Aplikasi MAE melalui Secure2u di Aplikasi MAE.

    Dengan pelancaran kempen “More Secure, More Discounts”, pelanggan Maybank boleh menikmati pelan ansuran Maybank EzyPay dengan kadar faedah 0% dan diskaun sehingga RM158 apabila mereka membeli peranti OPPO seperti OPPO Reno8T dengan menggunakan Kad Maybank.

    Sehingga 31 Julai 2023, pelanggan boleh membeli peranti pilihan mereka pada harga diskaun di mana-mana Kedai OPPO, cawangan Harvey Norman dan Senheng di seluruh negara. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...