More

    Maybank tangguhkan perkhidmatan perbankan buat sementara pada 24 Julai 2021

    Maybank telah mengumumkan bahawa mereka bakal melaksanakan penyelenggaraan untuk perkhidmatan perbankan dalam talian pada hari Sabtu, 24 Julai 2021 jam 11:30 malam hingga 11:59 malam. Perkhidmatan yang terlibat dalam penyelenggaraan ini dijangka tidak boleh diakses sepanjang tempoh tersebut.

    Penyelenggaraan ini mungkin dilakukan bagi membenarkan pengguna untuk membeli-belah bermula 25 Julai, 12:00 tengah malam di mana promosi Shopee Malaysia 25 Julai Payday Sale akan berlangsung sehingga jam 2:00 pagi.

    Sepanjang tempoh tersebut, perkhidmatan Maybank yang tidak boleh digunakan adalah:

    • Maybank2u, MAE App, QRPayBiz App dan Wealth App
    • Bayaran dalam talian FPX
    • Transaksi kad debit
    • Mesin layan diri (ATMs, deposit wang dan deposit cek)

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    StepX Neo tiba sebagai telefon pintar “agentic” pertama di dunia

    Syarikat kecerdasan buatan (AI) China, StepFun, melancarkan StepX Neo sebagai telefon pintar pertama dunia yang menggunakan sistem operasi berasaskan ejen dikenali sebagai...

    Waze integrasikan Gemini AI untuk laluan motosikal dan kereta

    Google mengumumkan kemas kini aplikasi Waze yang mengintegrasikan bantuan Gemini AI bagi meningkatkan pengalaman navigasi pengguna. Kemas kini terbaharu menawarkan mod khusus...

    HONOR CHOICE KUMI AI Note rasmi di Malaysia dengan sokongan 130 bahasa berharga RM699

    HONOR Malaysia melancarkan perakam suara pintar HONOR CHOICE KUMI AI Note yang menampilkan reka bentuk kad nipis dengan ukuran 2.89mm direka untuk...

    Malaysia kini hasilkan bateri EV sendiri, pertama di Asia Tenggara!

    Malaysia memulakan fasa pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV) rekaan tempatan bulan ini menerusi inisiatif bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Projek...

    Disney+ mungkin tawarkan pelan percuma untuk saingi YouTube

    Disney sedang mempertimbangkan cadangan untuk memperkenalkan pelan langganan Disney+ yang percuma dengan sokongan iklan. Perkara ini dibangkitkan oleh Ketua Produk dan Teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured