More

    Maybank: Tiada data pelanggan yang dibocorkan

    Malayan Banking Bhd (Maybank) menjelaskan bahawa dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang berlaku baru-baru ini adalah tidak benar. Dalam sebuah kenyataan, bank itu memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data yang terjejas akibat kebocoran.

    Baru-baru ini, menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil telah berkongsi kiriman daripada seorang pengguna Facebook bernama Pendakwah Teknologi di mana beliau mengatakan data untuk 13 juta rakyat Malaysia yang melanggan kepada Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah dibocorkan.

    Jika benar, ini melibatkan kebocoran data yang besar untuk rakyat Malaysia dan menteri itu menggesa CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat.

    Bagi membalas kenyataan yang tular itu, Maybank menjelaskan bahawa mereka telah melakukan siasatan dalaman dan mengesahkan bahawa kenyataan itu adalah palsu. Dalam pada itu, mereka akan terus memperkukuh keselamatan siber kerana perlindungan data para pelanggan adalah sangat diutamakan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: New Straits Times

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured