More

    Maybank: Tiada lagi SMS TAC di telefon, hanya Secure2u untuk transaksi & pembayaran bil

    Sebelum ini, kami sudah memaklumkan mengenai penamatan khidmat SMS TAC dari Maybank untuk transaksi RM5,000 ke atas yang diganti dengan cara Secure2u bermula 16 Februari. Terkini, Maybank memaklumkan bahawa kesemua transaksi IBG dan pembayaran bil hanya boleh disahkan melalui Secure2u, tiada lagi SMS TAC di telefon bermula 15 Mac 2021.

    Maybank telah memaklumkan perkara ini di laman rasminya. Menurut Maybank, bermula 15 Mac 2021, kesemua pembayaran bil dan transaksi IBG dalam mana-mana jumlah kini tidak akan diberikan lagi SMS TAC di telefon anda untuk pengesahan. Sebaliknya, anda perlu menggunakan cara Secure2u untuk mengesahkan transaksi.

    Untuk mengaktifkan dan menggunakan Secure2u, anda terlebih dahulu boleh memuat turun aplikasi Maybank2u. Anda juga boleh rujuk  pautan ini untuk panduan menggunakan Secure2u.

    Sudahkah anda mengaktifkan Secure2u? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured