More

    Maybank umum gangguan perkhidmatan pada 11 Januari untuk penyelenggaraan sistem

    Maybank telah mengumumkan bahawa ia akan menjalankan latihan penyelenggaraan sistem berjadual pada Sabtu, 11 Januari 2025 yang akan menyebabkan gangguan sementara kepada akses perkhidmatan perbankan digitalnya. Platform yang terjejas termasuk laman web Maybank2u, aplikasi MAE dan Maybank2u Biz (laman web & aplikasi). Perkhidmatan ini tidak akan tersedia bermula 3:00 pagi hingga 6:00 pagi sepanjang tempoh penyelenggaraan.

    Bagi mengurangkan gangguan, Maybank menggalakkan pelanggan untuk merancang terlebih dahulu dengan melengkapkan sebarang transaksi yang diperlukan sebelum waktu gangguan bermula. Langkah ini dapat memastikan urusan kewangan berjalan lancar, terutamanya bagi mereka yang memerlukan perkhidmatan ini untuk transaksi penting.

    Maybank memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan menghargai kefahaman pelanggan dalam usaha ini untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan. Untuk maklumat terkini, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Maybank atau menghubungi pasukan sokongan mereka.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Maybank2u

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured