More

    MBO Cinemas sah tamat operasi secara kekal seluruh Malaysia mulai hari ini

    Pengendali rangkaian panggung wayang, MBO Cinemas, secara rasmi mengumumkan penutupan seluruh operasinya di Malaysia secara kekal bermula hari ini. Keputusan ini menamatkan penglibatan MBO Cinemas dalam industri wayang tempatan selepas lima tahun kembali beroperasi di bawah pengurusan baharu susulan krisis pelikuidasi pada tahun 2020.

    Menerusi kenyataan bertajuk “The Show is Over”, pihak pengurusan mengesahkan pemberhentian semua aktiviti perniagaan dan merakamkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan mereka sepanjang 23 tahun jenama itu bertapak. ​

    Penutupan melibatkan lapan baki cawangan terakhir yang terletak di Selangor, Melaka, Perak, dan Johor. Laporan mengesahkan bahawa notis penutupan telah mula dipaparkan di beberapa premis fizikal sejak semalam berikutan pelantikan likuidator interim bagi menguruskan proses pembubaran syarikat.

    Setakat ini, tiada perincian lanjut diberikan mengenai status kakitangan atau masa depan lokasi-lokasi panggung tersebut, namun pelanggan yang mempunyai urusan tuntutan atau pemulangan wang tiket boleh menghubungi pihak pengurusan menerusi saluran rasmi yang disediakan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured