More

    MCMC jemput anda beri input untuk pengawalseliaan data komunikasi bagi tujuan siasatan

    Baru-baru ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan Rundingan Awam tentang Cadangan Kerangka Pengawalseliaan untuk Penyimpanan, Pemeliharaan dan Pendedahan Data Komunikasi bagi Tujuan Siasatan.

    Cadangan kerangka ini akan memberi asas perundangan untuk menyimpan, memelihara dan mendedah data komunikasi bagi membantu siasatan jenayah. Ia juga merupakan susulan kepada pindaan terkini terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan pengenalan seksyen 25A, 25B dan 268A yang berkuat kuasa sejak Februari 2025.

    Pihak berkuasa berharap ini akan memudahkan siasatan jenayah digital, terutamanya dengan kes-kes dalam talian seperti penipuan, pemalsuan, buli siber dan gangguan yang semakin berleluasa. Selain menjaga keselamatan orang ramai, kerangka ini juga akan beri panduan yang jelas kepada syarikat penyedia perkhidmatan dalam menjaga privasi orang ramai.

    Pada Jun lalu, MCMC telah menganjurkan sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Majlis Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara, PIKOM dan lain-lain pihak yang merentasi pelbagai sektor bagi menghasilkan ekosistem digital yang lebih selamat.

    Bagi melengkapkan proses Rundingan Awam, anda dijemput untuk beri maklum blasa dan sumbangan idea kepada MCMC untuk hasilkan kerangka pengawalseliaan yang seimbang, inklusif dan mematuhi piawaian perlindungan data global.

    Anda boleh layari laman web MCMC untuk beri cadangan dalam Rundingan Awam ini. Ia akan dibuka sehingga hari Jumaat, 8 Ogos 2025 jam 5:00 petang.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk beri pandangan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MCMC

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured