More

    MCMC mohon TikTok dan Telegram turunkan kandungan yang tidak sahih mengenai kes Zayn Rayyan

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti beberapa laman media sosial yang memaparkan dakwaan maklumat siasatan yang dibocorkan berkaitan kes Zayn Rayyan.

    MCMC telah mengemukakan permohonan kepada pengendali platform media sosial seperti TikTok dan Telegram untuk menurunkan kandungan tersebut kerana penyebaran dakwaan maklumat siasatan ini boleh mengganggu perbicaraan kes dan merupakan tindakan tidak bertanggungjawab.

    MCMC memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu dan menasihatkan pengguna media sosial untuk memadam hantaran atau komen yang boleh menimbulkan spekulasi.

    Berkongsi maklumat tidak sahih atau palsu boleh menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya serta denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MCMC

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured