More

    MCMC: Semua platform media sosial, pemesejan internet perlu mohon lesen bermula 1 Ogos 2024

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata setiap perkhidmatan media sosial dan pemesejan internet yang beroperasi dalam negara dan mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

    Langkah ini akan dikuat kuasakan bermula 1 Januari 2025, selepas kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan permesejan internet akan diperkenalkan pada 1 Ogos 2024. Ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang memerlukan semua perkhidmatan tersebut untuk mematuhi undang-undang Malaysia.

    Keperluan lesen ini diwajibkan bagi memerangi peningkatan kes jenayah siber, buli siber, jenayah seksual serta penipuan dalam talian. Mana-mana perkhidmatan yang memperoleh lesen selepas tarikh kuat kuasa akan dikenakan tindakan mengikut Akta 588.

    Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil, berkata kementeriannya dan MCMC akan menetapkan syarat dalam melesenkan pengoperasian media sosial kerana selama ini, semua perkhidmatan tersebut dikecualikan daripada keperluan mengambil lesen berdasarkan Perintah Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) (Pengecualian) 2000.

    Tindakan ini juga mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata ia boleh menangani peningkatan kes jenayah siber, penggunaan akaun palsu dalam media sosial serta penyeebaran persepsi negatif terhadap kerajaan.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Berita Harian, BERNAMA

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured