More

    MDEC perkenalkan eBerkat Marketplace: Perkhidmatan kewangan digital untuk golongan B40 dan PKS

    Perbadanan Kemajuan Multimedia Malaysia (MDEC) hari ini telah memperkenalkan eBerkat Marketplace iaitu sebuah perkhidmatan kewangan digital yang disasarkan untuk kegunaan masyarakat B40 serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara. Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan lebih ramai orang mendapatkan perlindungan kewangan, insuran kesihatan dan keselamatan kewangan melalui pelaburan.

    MDEC mengatakan bahawa golongan B40 dan PKS tidak mempunyai perancangan kewangan dan persaraan yang kukuh, jadi eBerkat diharapkan akan membantu mereka dalam menguruskan kewangan mereka. Perkhidmatan eBerkat bakal dilaksanakan dengan tunjang 3A iaitu alternative, accessible, affordable atau altenarnatif, mudah diakses dan mampu milik.

    Melalui inisiatif ini, golongan PKS akan mendapat lebih banyak peluang perbankan, permodalan, penyimpanan wang, pelaburan dan pembelian insurans jangka pendek. Antara teknologi yang ditawarkan oleh eBerkat adalah Micro Financing for MSMEs, Micro Investment and Micro Insurance.

    eBerkat adalah sebuah kerjasama swasta-kerajaan (PPP) yang diketuai oleh syarikat kewangan Silverlake Digital INX Sdn. Bhd bersama sebelas rakan kongsi yang lain. eBerkat Marketplace boleh diakses oleh orang ramai di laman web ini dan sebuah promosi juga sedang dijalankan selama dua minggu di mana pendaftar bertuah boleh menerima 1 gram emas selepas membuat pelaburan pertama dengan Hello Gold.

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menggunakan eBerkat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MDEC

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured