More

    Mechamato kini tiba dalam PUBG MOBILE, dapatkan item tier Legendary sekarang!

    PUBG MOBILE yang merupakan salah satu permainan mudah alih terkemuka dunia kini telah melancarkan kolaborasi secara rasmi bersama Mechamato terbitan Monsta bermula dari 15 Disember hingga 5 Januari 2024. Ini adalah kolaborasi kedua PUBG MOBILE bersama Monsta yang bertemakan BoBoiBoy.

    PUBG MOBILE bakal mengeluarkan item dalam permainan dengan tier Legendary yang merangkumi Mechamato Suit dan Mask Set, Mecha-Machete dan Mechabike (Motosikal 2 Tempat Duduk). Tambahan, bintang bagi pek suara pula bakal diserlahkan melalui Mechabot dan Bago Go.

    Acara dalam permainan yang dikenali sebagai “Ready, Set, Mechanize!” membolehkan pemain mengumpul kesemua item kolaborasi. Malah, para peminat PUBG MOBILE dan Mechamato juga boleh menebus pek suara PERCUMA dengan menyertai acara gameplay “Adventures of MechaBot & Bago Go”.

    Mechamato merupakan sebuah siri animasi televisyen terkenal Malaysia dan juga francais terbitan Monsta. Siri ini telah mencetus gelombang sebagai animasi Malaysia pertama yang ke udara di Stesen TV Jepun ‘Tokyo MX’ dan merupakan animasi bukan Jepun pertama memenangi ‘Anime Fan Award’ di Tokyo Anime Award Festival 2023.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kerjasama ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...