More

    MediaTek akan lancarkan cipset G-Series yang dibuat dengan proses nod 6nm

    Syarikat semikonduktor Taiwan, MediaTek, bakal melancarkan sebuah cipset G-Series baharu pada tahun ini yang dibina dengan proses nod 6nm. Cipset ini bakal menggantikan Helio G96 yang diperkenalkan pada tahun lalu untuk telefon kelas pertengahan.

    Sumber mengatakan cipset G-Series dengan proses nod 6nm ini bakal menawarkan prestasi yang hampir setaraf dengan cipset andalan. Sebagai rujukan, cipset telefon pintar andalan Dimensity 1200 mempunyai proses nod 5nm manakala Dimensity 9000 pula mempunyai proses nod 4nm.

    Jika anda tidak biasa dengan istilah proses nod, ia merujuk kepada ukuran transistor dalam cipset dan ukuran yang lebih pendek akan menjana prestasi yang lebih pantas untuk telefon.

    Helio G96 sebelum ini mempunyai proses nod 12nm yang agak ketinggalan untuk tahun 2022, oleh itu MediaTek mungkin ingin membuatkan cipset G-Series lebih relevan untuk tahun ini dengan menyediakan proses nod 6nm. Cipset G-Series baharu ini dijangka bakal dilancar pada pertengahan 2022.

    Cipset G-Series baharu ini mungkin akan mempunyai dua teras ARM Cortex-A76 2.05GHz, enam teras Cortex-A55 2.0GHz, GPU Mali G57 MC2, sokongan kamera 108MP, rakaman 2K dan skrin 120Hz.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured