More

    Mediatek bakal lancar cipset andalan baru pada Q1 2021, seawal bulan Januari

    Beberapa hari yang lalu, Qualcomm telah melancarkan cipset generasi barunya, Snapdragon 888 dan ia dijangka akan digunakan oleh peranti andalan bermula Januari tahun hadapan. Kini, Mediatek pula dijangka akan melancarkan cipset andalan generasi baru tidak lama lagi.

    CEO syarikat Mediatek, Rick Tsai mengesahkan hal ini dan menyatakan bahawa mereka akan melancarkan cipset andalan Mediatek pada suku pertama 2021 (Q1 2021). Beliau juga menyatakan mereka bercadang untuk melancarkan cipset andalan 5G tersebut sebelum bulan Februari ini.

    Selain itu, Rick Tsai juga mengesahkan rancangan mereka untuk melancarkan cipset 5G baru untuk telefon kelas permulaan. Buat masa ini, siri cipset Dimensity 5G mereka telah mula digunakan oleh beberapa pengeluar telefon pintar.

    Cipset andalan Mediatek pada tahun ini

    Mediatek adalah pengeluar semikonduktor telefon pintar yang terbesar di Taiwan dan mereka mula menghasilkan cipset andalan 5G kepada telefon pintar premium tidak lama yang lalu.

    Adakah anda menantikan cipset baru dari Mediatek ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured