More

    MediaTek dilaporkan sedang usahakan cipset Dimensity 7000 yang dibina dengan nod 5nm

    Baru-baru ini, MediaTek baru sahaja melancarkan cipset Dimensity 9000 yang merupakan cipset telefon pintar pertama yang dibina dengan proses nod 4nm. Kini terdapat khabar yang mengatakan syarikat semikonduktor Taiwan itu mungkin akan menghasilkan sebuah lagi cipset kategori andalan iaitu MediaTek Dimensity 7000.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, Dimensity 7000 akan dibina dengan proses nod 5nm seperti Dimensity 1200 dan mampu menjana prestasi tahap pertengahan atas (upper midrange). Ia juga akan mempunyai seni bina ARM V9 yang diperkenalkan pada bulan Mac lalu, di mana ia turut dilengkapi dalam Dimensity 9000.

    Selain itu, Dimensity 7000 juga dikhabarkan bakal menyokong kadar pengecasan sekitar 75W, menempatkannya di antara kadar pengecasan untuk Snapdragon 870 dan Snapdragon 888. Setakat ini masih tiada maklumat tentang susunan teras atau kelajuan clock di dalamnya.

    Dimensity 1200 telah dilancar pada Januari 2021, jadi Dimensity 7000 mungkin akan dilancar pada Januari 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured