More

    MediaTek Dimensity 7450 dan 7450X diumum dengan fokus “gaming”, peranti boleh lipat

    MediaTek dilihat memperluaskan barisan cipset kelas pertengahan premium menerusi pengenalan MediaTek Dimensity 7450 dan MediaTek Dimensity 7450X. Kedua-dua cip dijangka akan digunakan pada telefon pintar akan datang termasuk peranti boleh lipat dengan laporan awal menyebut model 7450X berpotensi muncul pada Motorola Razr 70.

    Kedua-dua cip berkongsi konfigurasi hampir sama dengan binaan berasaskan proses 4nm dan CPU lapan teras yang menggabungkan empat teras Cortex-A78 berkelajuan sehingga 2.6GHz bersama empat teras cekap Cortex-A55. Pemproses grafik pula menggunakan GPU Arm Mali-G615 MC2 bagi mengendalikan beban kerja gaming dan visual.

    MediaTek turut menyertakan NPU generasi keenam bagi meningkatkan prestasi AI pada peranti dengan dakwaan peningkatan sekitar tujuh peratus berbanding generasi terdahulu khususnya untuk fungsi kamera berasaskan AI dan pemprosesan edge AI. Untuk gaming, cip ini dilengkapi teknologi HyperEngine bersama Adaptive Gaming Technology 3.0 yang mengoptimumkan keseimbangan antara prestasi dan penggunaan tenaga.

    Untuk sambungan pula, kedua-dua cip menyokong Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.4 dan rangkaian 5G dengan kelajuan muat turun sehingga 3.27Gbps melalui sokongan 3CC carrier aggregation. Keupayaan kamera juga diberi penekanan dengan sokongan sehingga sensor 200MP melalui ISP Imagiq 950 selain rakaman video 4K HDR, pengurangan hingar berasaskan perkakasan dan sokongan Google Ultra HDR.

    Paparan pula disokong sehingga resolusi WFHD+ pada kadar segar 120Hz atau Full HD+ sehingga 144Hz manakala memori menyokong LPDDR5 dan LPDDR4X dengan kelajuan sehingga 6400Mbps. Untuk storan, cip ini serasi dengan UFS 2.2 dan UFS 3.1. Perbezaan utama antara kedua-dua model terletak pada Dimensity 7450X yang menawarkan sokongan tambahan untuk peranti boleh lipat termasuk fungsi dwi-paparan bagi rekaan flip.

    Ini membolehkan penggunaan serentak skrin luar dan dalam dengan lebih efisien yang menjadikannya lebih sesuai untuk kategori foldable berbanding Dimensity 7450 yang lebih menyasarkan telefon pintar standard. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek 1| 2

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured