More

    Cipset MediaTek Dimensity 9000+ dilancar, miliki Cortex-X2 3.2GHz dan tersedia pada suku ketiga 2022

    November tahun lepas, MediaTek telah melancarkan cipset perdana 4nm pertamanya iaitu Dimensity 9000. Hari ini merupakan pelancaran rasmi cipset terbaharu yang dinaik taraf iaitu Dimensity 9000+. Menurut MediaTek, Dimensity 9000+ menggunakan seni bina CPU v9 Arm dan proses teras-okta 4nm yang meningkatkan prestasi CPU sebanyak 5% serta prestasi GPU sebanyak 10%.

    Kekerapan teras Cortex-X2 telah ditingkatkan daripada 3.05GHz (Dimensity 9000) kepada 3.2GHz. Terdapat tiga teras Cortex-A710 dan empat teras Cortex-A510 serta dilengkapi dengan pemproses grafik Arm Mali-G710 MC10. Dimensity 9000+ menyokong memori LPDDR5X dengan kelajuan sehingga 7500Mbps.

    Pemproses isyarat imej utama HDR-ISP 18-bit membolehkan tiga kamera merakam video HDR pada masa yang sama dengan penggunaan kuasa yang rendah. Ia juga dilengkapi dengan APU pemproses Al generasi kelima MediaTek, modem M80 5G terbina dalam sejajar dengan standard 3GPP R16 5G generasi baharu dan menyokong rangkaian jalur penuh 5G Sub-6GHz.

    Daripada segi sambungan wayarles dan teknologi audio, Dimensity 9000+ menyokong teknologi Wi-Fi dan Bluetooth dengan kependaman (latency) yang lebih rendah termasuk Bluetooth 5.3, Wi-Fi6E 2×2 MIMO, Bluetooth LEAudio (sokongan stereo wayarles dwi-pautan) dan Beidou III Generasi-B1C GNSS.

    MediaTek mengatakan bahawa telefon pintar yang menggunakan Dimensity 9000+ akan tersedia pada suku ketiga 2022. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: ITHome

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured