More

    MediaTek Helio G100 dilancar: Cipset 6nm untuk telefon kelas pertengahan

    MediaTek telah memperkenalkan cipset baharu untuk telefon pintar kelas pertengahan iaitu MediaTek Helio G100. Ia merupakan sebuah cipset dengan nod proses 6nm oleh TSMC bagi membenarkan prestasi yang pantas untuk telefon kelas pertengahan serta menyokong rangkaian 4G, VoLTE dan ViLTE.

    Cipset ini mempunyai lapan teras CPU yang terdiri daripada dua Cortex-A76 2.2GHz dan enam Cortex-A55 2.0GHz, manakala memori pula menggunakan RAM LPDDR4X dan storan dalaman UFS 2.2. Ia menyokong telefon dengan paparan sehingga 2,520×1,080 dan kadar segar semula 120Hz.

    Ia menyokong penggunaan sensor kamera sehingga 200MP, serta dwi-kamera 16+16MP dan rakaman video 30fps. MediaTek juga mengatakan ia mempunyai fungsi Elevator Mode yang menjanjikan sambungan semula yang lebih cepat selepas anda keluar daripada kawasan yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi.

    Helio G100 merupakan pengganti kepada Helio G99 yang kerap digunakan dalam pelbagai telefon sebelum ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured