More

    MediaTek lancar Dimensity 7400 dan 7400X dengan AI dan prestasi “gaming” dipertingkat

    MediaTek secara rasmi melancarkan cip pemproses mudah alih terbaharunya, Dimensity 7400 dan Dimensity 7400X. Ia hadir sebagai pengganti kepada Dimensity 7300 dan 7300X. Cip baharu ini menawarkan peningkatan dalam pemprosesan AI dan pengoptimuman gaming.

    Kedua-dua cip ini dibina menggunakan proses 4nm TSMC dan mempunyai CPU lapan teras dengan empat teras Cortex-A78 pada 2.6GHz dan empat teras Cortex-A55 pada 2.0GHz. Untuk grafik, ia menggunakan GPU Mali-G615 MC2 yang menjanjikan prestasi lebih cekap untuk gaming mudah alih.

    Daripada segi memori, ia menyokong LPDDR5 dan LPDDR4X dengan kelajuan sehingga 6400Mbps dan storan UFS 3.1 serta UFS 2.2. Sambungan pula merangkumi 5G dengan agregasi pembawa 3CC, kelajuan muat turun puncak 3.27Gbps, Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4. Dalam aspek fotografi, ISP Imagiq 950 membolehkan sokongan kamera sehingga 200MP dan rakaman video 4K HDR 30fps.

    Ia juga dilengkapi AI autofocus, penstabilan video EIS dan pengesanan wajah berasaskan perkakasan. Enjin paparan MiraVision 955 menyokong WFHD+ 120Hz dan FHD+ 144Hz untuk visual lebih lancar manakala APU 655 memberikan peningkatan 15% dalam pemprosesan AI. UltraSave 3.0+ pula membantu mengurangkan penggunaan tenaga gaming sehingga 36%.

    Perbezaan antara kedua-dua cip ialah Dimensity 7400X direka khas untuk peranti boleh lipat dengan pengurusan kuasa yang lebih cekap untuk penggunaan skrin berganda manakala Dimensity 7400 menyasarkan telefon pintar biasa tanpa keperluan tambahan untuk skrin boleh lipat. Telefon pintar dengan cip Dimensity 7400 dan 7400X dijangka memasuki pasaran pada suku pertama 2025.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Dimensity 7400|Dimensity 7400X

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured