More

    MediaTek lancar Dimensity 9400e dengan rekaan “All Big Core” dan Bluetooth 5KM

    MediaTek hari ini mengumumkan cip untuk peranti andalan terbaharu dengan Dimensity 9400e yang direka khas untuk memberikan prestasi permainan dan AI lebih mantap serta kemampuan sambungan next level. Cip ini menampilkan rekaan “All Big Core” dengan satu teras utama Cortex-X4 pada 3.4GHz, tiga teras X4 tambahan pada 2.85GHz dan empat teras A720.

    Spesifikasi yang ditawarkan menjanjikan kuasa pemprosesan tinggi untuk aplikasi berat dan permainan 120FPS. Daripada segi grafik, ia menggunakan GPU Immortalis-G720 MC12 dengan sokongan ray tracing dan kini hadir dengan Penukar Kadar Bingkai (Frame Rate Converter) yang mampu kurangkan penggunaan kuasa sehingga 40%.

    Paling menarik, Bluetooth 6.0 dengan kemampuan jarak sambungan sehingga 5KM dan Wi-Fi berkelajuan 7.3Gbps menjadikan cip ini antara yang terbaik untuk sambungan pantas serta stabil. Selain itu, Dimensity 9400e turut menyokong SDK AI NeuroPilot untuk jalankan model AI besar secara tempatan seperti DeepSeek-R1.

    Cip ini akan digunakan dalam telefon seperti OnePlus Ace 5 Racing Edition dan siri realme GT 7 yang dijadualkan dilancarkan pada 27 Mei 2025. Terakhir, cip ini mencatatkan skor 2.45 juta untuk ujian AnTuTu yang menyasarkan prestasi ultra premium dengan kuasa, kepintaran dan sambungan jauh.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mediatek

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...