More

    MediaTek lancarkan cipset Dimensity 1080, peningkatan prestasi dan kecekapan

    MediaTek melancarkan cipset peringkat pertengahan baharu iaitu Dimensity 1080 membawa prestasi dan kecekapan yang lebih baik serta keupayaan kamera yang dipertingkatkan berbanding Dimensity 920.

    Perubahan paling ketara di sini adalah keupayaan kamera yang boleh mengendalikan data imej daripada sensor sehingga 200MP dengan Imagiq ISP berbanding sebelum ini, 108MP. Ia juga menyokong video HDR sehingga resolusi 4K.

    Cipset 5G ini mendapat sedikit kemas kini prestasi dengan dua teras Cortex-A78 yang mencatatkan masa pada 2.6GHz. GPU Mali-G68 yang sama dan cipset masih dibina pada proses 6nm. Namun, markah penanda aras mungkin tidak menunjukkan skor yang ketara berbanding peranti dengan cip sebelumnya.

    Berdasarkan laporan, tiada ciri khusus gaming baharu selain HyperEngine 3.0. Cipset itu masih menyokong rangkaian 5G sub-6GHz, Wi-Fi 6 dan unit pemprosesan AI (APU) yang sama. MediaTek berkata peranti yang dikuasakan oleh Dimensity 1080 akan mula dilancarkan pada suku keempat 2022.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured