More

    MediaTek Dimensity 920 & 810 dilancar: Cipset 6nm 5G untuk telefon kelas pertengahan

    Hari ini, MediaTek telah melancarkan dua cipset 5G yang dibuat dengan proses 6nm iaitu Dimensity 920 dan Dimensity 810. Kedua-duanya disasarkan untuk dilengkapi dalam telefon kelas pertengahan dan meningkatkan lebih banyak telefon yang boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G.

    Dimensity 920 adalah cipset lapan teras dengan Arm Cortex-A78 yang boleh menjana kelajuan clock sehingga 2.5GHz dan dilengkapi RAM LPDDR5 serta storan UFS3.1. Ia juga boleh mengubah kadar segar semula skrin mengikut aplikasi yang sedang dipaparkan, di mana ia boleh ditinggikan sewaktu bermain game atau direndahkan sewaktu membuat tugasan asas.

    Ia turut dilengkapi pemproses signal imej (ISP) yang boleh merakam video 4K HDR daripada empat kamera dengan sensor 108MP, sokongan dwi-SIM 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth 5.2 dan teknologo MediaTek HyperEngine 3.0 yang lebih pantas sebanyak 9% berbanding Dimensity 900.

    Dimensity 810 pula adalah cipset lapan teras dengan Arm Cortex-A76 yang mampu menjana kelajuan clock sehingga 2.4GHz, manakala untuk skrin pula, ia membenarkan telefon untuk menghasilkan kadar segar semula sehingga 120Hz.

    Cipset ini menyokong sensor kamera sehingga 64MP dan menawarkan fungsi seperti AI-Bokeh dan pelarasan warna AI-Color. Selain itu, ia turut dilengkapi teknologi MediaTek HyperEngine 2.0 untuk prestasi gaming yang lebih pantas.

    Telefon dengan kedua-dua cipset ini dijangka akan dilancar bermula suku ketiga 2021. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset pertengahan MediaTek ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MediaTek

     

    Artikel Terkini

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Xbox Project Helix bakal sokong “game” lama menerusi sistem emulator rasmi

    Satu memo dalaman Microsoft yang ditiriskan mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan emulator rasmi untuk menyokong permainan rentas platform. Pembangunan ini bertujuan membolehkan...

    Amazon Prime Video jadi aplikasi strim pertama sokong HDR10+ ADVANCED

    Samsung Electronics mengumumkan bahawa Prime Video menjadi perkhidmatan penstriman pertama yang menawarkan standard paparan HDR10+ ADVANCED secara global bermula Ogos 2026. Ciri...

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured