More

    MediaTek perkenal Dimensity 6400, cipset terbaharu untuk telefon pintar mampu milik

    MediaTek telah melancarkan Dimensity 6400 yang merupakan cipset terbaharu direka khusus untuk telefon pintar segmen mampu milik. Cipset ini menggantikan model sebelumnya iaitu Dimensity 6300 dengan beberapa penambahbaikan untuk meningkatkan prestasi dan kecekapan tenaga.

    Dimensity 6400 dibina berasaskan teknologi pemprosesan 6nm yang menawarkan keseimbangan antara prestasi tinggi dan penggunaan tenaga yang rendah. Ia dilengkapi dengan CPU octa-core yang terdiri daripada empat teras Cortex-A76 berprestasi tinggi dan empat teras Cortex-A55 yang cekap tenaga.

    Gabungan ini memastikan pengalaman pengguna yang lancar sama ada untuk penggunaan harian atau aplikasi yang memerlukan kuasa pemprosesan tinggi. Daripada segi grafik, cipset ini menampilkan GPU Mali-G57 MC3 yang membolehkan permainan dan aplikasi grafik intensif dijalankan dengan lancar.

    Selain itu, Dimensity 6400 menyokong paparan dengan kadar segar semula sehingga 120Hz, menyokong kamera dengan resolusi sehingga 64MP dan modem 5G terbina dalam. Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang cipset terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Mediatek

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured