More

    MediaTek semakin maju, Qualcomm menurun dalam pasaran cip telefon pintar

    Baru-baru ini, sebuah agensi statistik bernama Counterpoint Research mengeluarkan laporan analisis pasaran AP (pemproses aplikasi) telefon pintar untuk suku kedua tahun 2020. Seperti yang tertulis pada tajuk, statistik Qualcomm yang mengeluarkan cip Snapdragon dilihat menurun.

    Qualcomm tidaklah menurun seperti yang anda fikirkan. Ia masih mendominasi pasaran cip berbanding syarikat lain, tetapi jika dibandingkan dengan nilai peratus pada suku kedua tahun 2019, nilainya menurun dari 33% kepada 29%. Nilai dominasi pasaran sebanyak 29% oleh Qualcomm pada suku kedua tahun ini menjadikan ianya sangat hampir dengan MediaTek, 26%.

    Berbanding suku kedua tahun 2019, MediaTek dilihat mendapat bahagian pasaran yang menaik, dari 24% kepada 26%. Anda juga boleh melihat bahagian pasaran pembekal cip lain seperti HUAWEI HiSilicon, Apple dan Samsung.

    Menurut data Exhibit 2: Smartphone AP Market Share by Region, anda boleh melihat bahagian pasaran Kirin yang menjunam di pasaran selain dari China. Dijangkakan, Apple A14 Bionic dan Snapdragon 875 bakal memasuki pasaran cip ini pada laporan akan datang.

    Apakah pandangan anda mengenai laporan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured