More

    MediaTek umumkan cipset telefon pintar andalan Dimensity 9000 5G, dibina dengan proses 4nm

    Syarikat semikonduktor dari Taiwan, MediaTek Inc, telah mengumumkan cipset telefon pintar 5G kategori andalan terbaru iaitu MediaTek Dimensity 9000 5G. Ia bakal menjadi cipset pertama yang dibina dengan proses nod 4nm oleh syarikat pengilang Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC).

    Cipset ini mempunyai susunan teras 1+3+4 yang terdiri daripada teras utama ultra core Cortex-X2 3.0GHz, tiga teras super core Cortex-A710 2.85GHz dan empat teras kecekapan Cortex A510 1.8GHz. Ia juga mempunyai cache sebanyak 14MB di mana MediaTek mengatakan boleh meningkatkan prestasi sebanyak 7% dan kelajuan bandwith sebanyak 25% berbanding cache 8MB.

    Untuk unit pemproses grafik (GPU), ia akan dilengkapi ARM Mali-G710 dengan 10 teras dan menyokong fungsi ray-tracing untuk kualiti grafik yang lebih tinggi. Cipset ini juga menyokong RAM LPDDR5x sehingga 7,500Mbps.

    Daripada segi hubungan, ia adalah cipset pertama yang dilengkapi Bluetooth 5.3. Di samping itu, ia turut menyokong Wi-Fi 6E 2×2, Bluetooth Audio LE dengan Dual-Link True Wireless Stereo Audio dan sistem pengemudian satelit (GNSS) Beidou III-B1C. Rangkaian 5G pula boleh dihubungkan dengan sub-6GHz dengan kelajuan 7Gbps.

    Kebolehan fotografinya pula dilengkapi pemproses signal imej (ISP) yang boleh merakam video 4K HDR 18-bit menggunakan sehingga tiga kamera serentak. Ia boleh merekod dengan kadar bingkai sehingga 270 FPS dan menyokong sensor sehingga 320MP.

    MediaTek mengatakan telefon-telefon pertama yang dilengkapi cipset ini akan dilancar bermula suku pertama 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured