More

    Meen M60 5G dilancar di Malaysia: SD 888, AMOLED 6.53″, bateri 6,800mAh berharga RM3,499

    Pada hari ini, syarikat teknologi kewangan tempatan Meen telah melancarkan telefon pintarnya yang terbaru iaitu Meen M60 5G. Walaupun sebagai telefon pertama, ia masih dilengkapi spesifikasi yang agak canggih untuk tahun ini seperti cipset Snapdragon 888 dan skrin AMOLED.

    Telefon ini menawarkan skrin AMOLED berukuran 6.53 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1440×2560. Ia mempunyai reka bentuk yang melengkung di bahagian sisi. Rekaan belakangnya ditawarkan dalam tiga warna iaitu biru Deep Sea Blue, hitam Ceramic Black dan Ruixue Crystal.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Qualcomm Snapdragon 888. Walaupun ini adalah cipset untuk telefon andalan yang dilancar pada 2021, ia masih boleh menawarkan prestasi yang dianggap pantas pada tahun ini. RAM pula berkapasiti 8GB manakala storan dalamannya pula berkapasiti 256GB dan boleh dibesarkan lagi dengan kad memori 256GB.

    Di belakang, ia mempunyai dua kamera 64MP manakala di hadapan terdapat kamera swafoto 25MP dalam takuk berbentuk titisan air di atas skrin. Baterinya pula berkapasiti 6,800mAh yang agak besar, namun kadar pengecasannya tidak diketahui.

    Meen M60 akan dijual dalam pasaran Malaysia pada harga RM3,499. Pada masa hadapan Meen merancang untuk melancarkan lebih banyak kategori produk seperti jam tangan pintar, pembesar suara, set realiti maya, tablet dan komputer riba. Pada suku pertama 2024, Meen merancang untuk melancarkan telefon pintar Meen Tech M70 dan siri Meen i19.

    Layari laman web Meen untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured