More

    Meizu 17 Pro dengan pengecasan pantas 40W, RAM LPDDR5, SD 865 mungkin berharga ~RM2741

    Terdahulu, kami telah memaklumkan mengenai beberapa spesifikasi Meizu 17. Sepertinya, Meizu 17 ini sebenarnya adalah sebuah siri peranti yang terdiri daripada Meizu 17 dan Meizu 17 Pro. Terkini, sumber telah melaporkan beberapa perbezaan spesifikasi di antara Meizu 17 dan versi Pro-nya.

    Sepintas lalu, Meizu 17 akan dilengkapi cipset Snapdragon 865, paparan 90Hz, storan UFS 3.1 dan bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 30W melalui teknologi mCharge. Pengimbas cap jarinya pula mungkin berada di dalam skrin (in-display). Ia juga bakal dihuni tetapan kamera Sony IMX686 64MP bersama sensor kedalaman 3D.

    Meizu 17 Pro pula dilaporkan hanya berbeza dari segi pengecasan 40W, RAM LPDDR5 dan reka bentuk seramik berbanding Meizu 17. Apa pun, kedua-dua varian ini mempunyai kadar segar semula 90Hz dan mungkin tetapan kamera yang sama. Tambah sumber, siri Meizu 17 dianggarkan bermula dengan harga 4500 Yuan (lebih kurang ~RM2741).

    Perlu diingatkan bahawa berita khabar angin adalah berita yang tidak rasmi mengenai siri Meizu 17. Anda boleh mengikuti liputan pelancarannya pada 8 Mei untuk mengetahui spesifikasi dan harga rasmi melalui TechNaveBM. Setakat ini, masih tiada maklumat rasmi jika peranti ini bakal memasuki pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan jenama telefon pintar ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang!

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured